PERSEKUTUAN PENGAKAP
NEGERI PERAK
JOTA / JOTI 2008
MENU UTAMA
Jawatankuasa
Program dan Latihan
Pesuruhjaya Negeri
Penolong
Pesuruhjaya Negeri
Skim Lencana
Album
Buku Pelawat
Hiburan Pengakap
Simpulan dan Ikatan
WebMail
Takwim Aktiviti
Rumah Pengakap Perak, No. 24, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-5468696           Fax : 05-5468696
Majlis Pengakap Negeri
Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Klik sini untuk melihat album
Apabila seseorang pengakap bercadang untuk menemui pengakap dari negara-negara lain, mereka tentu berfikir untuk menghadiri Jamboree Dunia, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun, lebih dari 500,000 pengakap dari seluruh pelusuk dunia ‘berkumpul’ di udara menggunakan gelombang radio setiap tahun melalui Jamboree Di Udara atau Jamboree On The Air (JOTA). Sesuatu yang unik, pengakap tidak
perlu keluar negara untuk menyertai JOTA.

Buat masa ini terdapat dua peringkat JOTA iaitu peringkat APR dan juga peringkat Dunia. Ianya diadakan pada bulan Ogos dan Oktober masing-masingnya. Jota ialah satu program di mana Pengakap berhubungan antara satu sama lain menggunakan Radio Amatur. Di peringkat dunia, JOTA telah diadakan sejak 1957. Pada tahun 2007, iaitu setelah 50 tahun, lebih dari 560,000 pengakap dari seluruh dunia telah mengambil bahagian. Sebilangan perhubungan pertama melalui JOTA berterusan kemudiannya dengan email dan surat menyurat antara pasukan-pasukan pengakap tersebut.

Tidak seperti Jamboree daratan yang mempunyai syarat dari segi usia, JOTA terbuka kepada semua peringkat umur. Syarat yang ketara cuma penggunaan Radio Amatur mewajibkan pengendalinya mempunyai lesen yang sah. Ramai pemimpin dan juga ahli pengakap yang mempunyai lessen tersebut.

Walaubagaimanapun, pemegang lessen radio amatur ini ada di mana-mana dan bersedia membantu dengan senang hati. Tidak seperti beberapa Negara lain, di Malaysia, seseorang yang tidak mempunyai lesen, dibenarkan untuk mengendalikan peralatan komunikasi Radio Amatur dengan pengawasan pemegang lessen yang sah. Maka adalah lebih mudah bagi pengakap untuk bercakap sendiri ketika JOTA dan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain.

Maklumat lanjut, sila download di sini
Borang Laporan Stesen JOTA - download