PERSEKUTUAN PENGAKAP
NEGERI PERAK
MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL PENGAKAP RAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK 2008


Ipoh, 5 Jun 2008, Majlis Penganugerahan Sijil Pengakap Raja telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan yang telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Dr Nazrin Shah kepada 200 ahli pengakap yang telah ditauliahkan sebagai Pengakap Diraja. Majlis yang berlangsung dalam penuh istiadat dan warna warni turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Ketua Pengakap Negara, Ahli-Ahli Majlis Pengakap Malaysia, Ketua Polis Perak, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Perak, Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya Negeri dan Daerah, serta Pengarah Pelajaran Perak yang diiringi oleh Pegawai Pelajaran Daerah-Daerah dan para ibu bapa dan tetamu jemputan.

Majlis bermula jam 9 pagi dengan kedatangan ahli pengakap dan tetamu mengambil tempat. Secara beransur-ansur, tetamu-tetamu kehormat mula memenuhi Dewan Bankuet, dan pada pukul 10 pagi, DYTM Tuanku Raja Dr Nazrin tiba bersama YAB Menteri Besar Perak mengambil tempat.

Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Perak memberikan ucapan, dan seterusnya acara penganugerahan dimulakan, dengan diiringi gema paluan Gamelan yang dimainkan oleh para pelajar dari SMK Jelapang jaya, Ipoh. Selepas majlis tamat, para tetamu dan ahli pengakap telah mengabadikan kenangan foto bersama Tuanku.

[sila klik untuk melihat album]



MENU UTAMA
Jawatankuasa
Program dan Latihan
Pesuruhjaya Negeri
Penolong
Pesuruhjaya Negeri
Skim Lencana
Album
Buku Pelawat
Hiburan Pengakap
Simpulan dan Ikatan
WebMail
Takwim Aktiviti
Rumah Pengakap Perak, No. 24, Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-5468696           Fax : 05-5468696
Majlis Pengakap Negeri
Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri